Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak
hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya.
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan
sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula
adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua
rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan
lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama
jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni
Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat
dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat
dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula
antara
ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang
mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini,
antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga
perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur
melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan
dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga
hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota
seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap
takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah
(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2
rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga
11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2
rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu
waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam
bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang
soleh.
Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Illahi...
Selamat mengerjakan Solat Sunat Dhuha
^^"